DADIH SEMUDAH 123

 

Assalamualaikum swt semua .. Harini cik fini akan berkongsi cara untuk membuat dadih semudah 1 2 3 dan cepat untuk penggemar dadih di luar sana...

Cik Fini ingin berkongsi resepi dadih dengan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja !!!! 

Mari kita lihat cara-caranya ....πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

CARA MEMBUAT DADIH SEGERA MUDAH, SEDAP  DAN LEMBUT ..

πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸΈπŸ·πŸ‘πŸ‘

Bahan-bahan yang diperlukan :

πŸ‘‰ 1. SERBUK DADIH



Terdapat pelbagai perisa dadih seperti coklat, strawberi, mangga, dan vanila. Boleh didapati di mana-mana pasar raya dengan harga sekitar RM5 sepaket, Perisa boleh dipilih mengikut citarasa masing-masing....😍😍

πŸ‘‰2. SUSU CAIR ATAU SUSU SEJAT 


Susu cair atau susu sejat ini adalah bahan wajib dimasukkan dalam dadih supaya kita dapat menghasilkan dadih yang lembut dan berkrim . Boleh guna mana-mana jenama susu cair .

JOM CUBA RESEPI INI...πŸ‘‡

CARA MEMBUAT DADIH:

πŸ‘‰1. Isikan air sebanyak 3L ke dalam periuk .

πŸ‘‰2. Panaskan air sehingga mendidih seterusnya masukkan setin susu cair .

πŸ‘‰3. Masukkan gula yang mencukupi. Jangan terlalu banyak agar dadih tidak terlalu manis.

πŸ‘‰4. Semasa air menggelegak, matikan api setelah susu masak.

πŸ‘‰5. Masukkan serbuk dadih berperisa dan kacau dengan rata.

πŸ‘‰6.Masukkan gula buah buahan yang disediakan dalam paket dadih .

πŸ‘‰7. Tapis dan masukkan dadih ke dalam bekas mengikut saiz yang anda mahu  . 

πŸ‘‰8. Sejukkan dadih sebelum masukkan ke dalam peti sejuk .

NOTA TAMBAHAN:

+ Jangan masak terlalu lama supaya kuantiti air tidak berkurang.

+ Dadih ditapis untuk mendapatkan tekstur yang lembut, licin, cantik dan tiada bendasing.


Inilah hasilnya !πŸ˜‹πŸ‘‡πŸ‘πŸ˜‡ Dadih siap sedia dimakan...




Anda juga boleh klik video di atas untuk melihat cara membuat dadih segera ...πŸ‘†πŸ˜ŠπŸ˜Š
                                     https://www.youtube.com/watch?v=0wUSsfacIj8


~SELAMAT MENCUBA~πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ˜‹πŸ˜

Comments